Monday 6 May 2019

Homestay murah kuantan homestay bajet istiqamah rm 100



⛵Homestay Bajet Istiqamah RM 100 😁😁
⛵Sape2 yg nak dtng bercuti, ada urusan knduri kawen, bussiness/work purpose atau sebarang urusan tertentu di Kuantan boleh la booking awal homestay bajet istiqamah!!!🏠🏠
.
.
Location:
Indera Mahkota 2, Kuantan🛣🛣..
⭐️Dekat je dgn bandar kuantan dalam 5-10 minit perjalanan.
⭐️Berhampiran dengan tempat2 pelancongan menarik kuantan🏖 🏕🏝dan tempt2 mkn yg popular di kuantan.
⭐Kemudahan yg disediakan dalam homestay seperti ruang tamu, 2 bilik tidur double(1aircond), 2 tandas, peti sejuk, mesin basuh, pemanas air mandi, seterika, dapur gas, cerek elektrik, pinggan mangkuk, televisyen, buku2, sejadah, toto dan bantal tambahan.
⭐Berdekatan dengan kmudahn2 awm spt dobi🌈, taman rekreasi🏟, kedai2 makan👨‍🍳, pasaraya2🏪, surau masjid🕌, bank🏦, stesen minyak🛅, hospital awam dan swasta🏨,pejbt2 kerajaan🏫,stesen bas 🚉, kolej2 swasta, politeknik dan UIA🏢🏫.
.
.
🔥🔥Jngn malu segan untk pm📞📞 di www.wasap.my/601110639985 untuk booking tarikh🗓🗓.. Hanya RM 100 SAHAJA SATU MALAM termasuk cuti umum, sabtu dan ahad.
.
.
🌎🌍Dipersilakan like page facebook- Homestay Bajet Istiqamah Kuantan RM 100 untuk info2 lanjut..😊😊
#homestayistiqamah
#homestaymurah
#homestaybajet
#homestaykuantan

Saturday 7 September 2013

Nikmat Hidup oleh HAMKA

 


Setelah diri bertambah besar
di tempat kecil tak muat lagi,
Setelah harga bertambah tinggi
orang pun segan datang menawar,
Rumit beredar di tempat kecil
kerap bertemu kawan yang culas,
Laksana ombak di dalam gelas
diri merasai bagai terpencil,

Walaupun musnah harta dan benda
harga diri janganlah jatuh,
Binaan pertama walaupun runtuh
kerja yang baru mulailah pula,

Pahlawan budi tak pernah nganggur
khidmat hidup sambung bersambung,
Kadang turun kadang membumbung
sampai istirehat di liang kubur,

Tahan haus tahanlah lapar
bertemu sulit hendaklah tengang,
Memohon-mohon jadikan pantang
dari mengemis biar terkapar,

Hanya dua tempat bertanya
pertama tuhan kedua hati,
Dari mulai hidup sampai pun mati
timbangan insan tidaklah sama,

Hanya sekali singgah ke alam
sesudah mati tak balik lagi,
Baru rang tahu siapa diri
setelah tidur di kubur kelam,

Wahai diriku teruslah maju
di tengah jalan janganlah berhenti,
Sebelum ajal, janganlah mati
keredhaan Allah, itulah tuju,

Selama nampak tubuh jasmani
gelanggang malaikat bersama setan,
Ada pujian ada celaan
lulus ujian siapa berani,

Jika hartamu sudah tak ada
belumlah engkau bernama rugi,
Jika berani tak ada lagi
separuh kekayaan porak peranda,

Musnah segala apa yang ada
jikalau jatuh martabat diri,
Wajah pun muram hilanglah seri
ratapan batin dosa namanya,

Jikalau dasar budimu culas
tidaklah berubah kerana pangkat,
Bertambah tinggi jejang di tingkat
perangai asal bertambah jelas,

Tatkala engkau menjadi palu
beranilah memukul habis-habisan,
Tiba giliran jadi landasan
tahanlah pukulan biar bertalu,

Ada nasihat saya terima
menyatakan fikiran baik berhenti,
sebablah banyak orang membenci
supaya engkau aman sentosa,

Menahan fikiran aku tak mungkin
menumpul kalam aku tak kuasa,
Merdeka berfikir gagah perkasa
berani menyebut yang aku yakin,

Celalah saya makilah saya
akan ku sambut bertahan hati,
Ada yang suka ada yang benci.